journal 1

Disember 13, 2006

entah berapa lama aku joint forex aku tak ingat….tapi dalam tahun ini juga….forex lebih telah banyak merubah kehidupan ku…mungkin anda juga….maksudku bukan menjadi kaya…tetapi lebih mencuri masa2 ku berharga untuk yang lain2 terutama keluargaku….apa boleh buat…ini adalah salah satu usaha ku untuk mencari duit lebih….perlukan pengorbanan…

telah banyak aku membuat percubaan demi percubaan….khasnya dengan menggunakan teknikal analisis….tapi kurang berjaya…ada juga fundamental/news….high risk, namun banyak yang aku pelajari hasil dari pemerhatian ku…belajar sendiri. aku bukan apa…malas nak beli ebook yang mahal2 …tak de duit…:)

so aku decide major analisis aku adalah berdasarkan news. walaupun high risk tapi return pun besar yang penting margin kena jaga. formula aku ialah seperti berikut…tak tau ler betul tidak tapi ini adalah percubaan ku saja.

di http://www.forexfactory.com setiap hari akan keluar news berdasarkan negara2 yang matawangnya didagangkan/trading. aku cuba menkhusus kepada G/U saja so perhatian ku adala news dari USA dan GB.

Dalam news juga ada actual, forecast dan previous

sebelum news keluar hanya forescast dan previous saja yang ada data, then

apabila; *****forecast>previous**** – harapan USD naik tinggi (G/U -bear) dan sebaliknya

lebih baik jika dapat data actual then *****actual>forecast***** – confirm USD naik.

pendapat semata2.

masalahnya actual lambat keluar….market dah respon so kena harap cara pertama saja….:)

lihat juga warna news tersebut.

semoga percybaan aku berjaya apa yang penting disiplin dan rajin.

u r very slow!!!!!

November 11, 2006

sememangnya aku agak ketagih dengan internet online nie apa lagi sejak berkenalan dengan forex. tapi sejak kebelakangan nie….conection streamyx terlalu slow dan selalu dc. apa halnya…..actually dah lebih kurang sebulan dah….susah jugak macam nie.

yang lebih menghairankan pada masa sama, tm net buat promosi hebat2…..nak tambah client …itu bagus…memang buat bisnes sememangnya begitu tapi jangan lak client  lama …servicenya tak bagus….client lama sama juga nak guna macam client baru. jangan indah kabar dari rupa…..

wordpress pun sekarang nie macam too heavy tapi tak ler buat aper pasal guna free blog dier….:)

pada streamyx…cepat2 ler baikpulih kalau ada yang rosak di sana sini …..client nie manusia biasa dan mereka pay for the service. bayangkan service unlimited tapi ada yang tak boleh masuk langsung (aku masih boleh tapi ada kawan tak boleh masuk langsung….so duit nak derma jer ker kat orang kaya!).

tapi aku nak puji juga customer service dia….very friendly walaupun banyak iklan kat hotline…:)..

anyway…this this contructive criticism….

I’m sorry

November 3, 2006

Salam,

tak abis2 dengan scam internet nie, post saya sebelum nie kad bank islam pun scam…pelik22222. betul2 orang nak buat scam tipu konon affiliate bank islam…nasib baik aku tak jadi member berbayar….sekadar member free jer…apa sudah jadi……tak sangka betul kad bank islam pun diorang nak promote scam.  sila baca petikan di bawah;

Article Summary:
ILLEGAL WEBSITE ON BANK ISLAM CARD

NOTIS PENTING :

Dimaklumkan bahawa www.KADbankislam.com adalah laman web tidak sah dan Pusat Kad Bank Islam (BICC) tidak pernah melantik syarikat tersebut sebagai ejen untuk melaksanakan sebarang urusniaga.

Untuk keterangan lanjut sila e-mel kami di bankislamcard@bankislam.com.my atau hubungi talian bebas tol BICC: 1800-88-8686/8989 atau 03-26175555

Komunikasi Korporat

IMPORTANT NOTICE:

Please be informed that www.KADbankislam.com is an illegal website which has never been appointed as Bank Islam Credit Card Centre’s (BICC) agent for any business transaction.

For further information please e-mail us at bankislamcard@bankislam.com.my or call BICC toll free number: 1800-88-8686/ 8989 or 03-26175555 .

Corporate Communications

kepada yg dah sign up….i’m very2 sorry harap takde yang jadi member berbayar.

KAD TANPA RIBA

Oktober 31, 2006

Salam,

Ini ada lagi satu peluang untuk tambah kad kredit malah ia adalah tanpa riba iaitu kad bank Islam. Untuk detail sila ke link berikut,

KAD BANK

Dalam tu juga ada program affilite…so boleh tambah duit 🙂

Salam,

aku dah start cuti untuk raya,  semua kerja office aku tinggalkan, lega sedikit aku rasa. pada masa sama seperti raya2 tahun lalu, ada benda2 yang perlu diganti, bukan untuk berbangga tapi memang keperluan seperti ganti tayar yang dah botak/licin, mencat apa2 yang dah luntur dan sebagainya. apa2 yang masih tahan dan nampak o.k, tak perlu ganti.

pada masa sama aku terfikir berapa banyak dah aku keluarkan duit untuk melabur ke biznes internet yang hasilnya kurang memberansangkan. tapi tak pe lah dah tak de rezeki, walaupun aku admit bahawa ada jugak yang buat untung tapi memerlukan lebih masa misalnya forex.

namun terus terang aku katakan sebagai seorang pekerja,  sukar nak tumpukan sepenuh masa untuk menjadi seorang trader forex.  ini kerana pengalaman aku sebagai trader (pengalaman tak sampai pun 6 bulan), forex tak boleh bergantung kepada aspek teknikal semata2 tapi fundemental/news perlu juga (pendapat aku saja, maaf kalau tersilap).

so sekarang aku memerah otak bagaimana nak buat benda nie part time (atau lain2 biz online part time but not included hyip/autosurf/mlm). masa akan menentukan. sayang juga kalau kita tak gunakan opportunity  internet ini ditahap yang optimum.

ps: baru dapat habuan dari affiliate program walaupun tak banyak. Alhamdulliah, syukur.

Pendidikan online

Oktober 16, 2006

Salam,

Anda pernah membaca buku 15 efektif internet marketing dan ebook buat web hanya dengan 1 jam oleh En. Fuad Latip. Beliau bagi saya seorang yang ada wawasan dan realistik. Semua produk beliau saya beli dan amat menarik dan bermutu. Tapi sayang beliau tak buat affiliate terhadap produk beliau. Namun pada masa sekarang pada produk beliau terbaru pula khusus untuk pendidikan online. Nampak menarik dan mempunyai affiliate dan tentunya saya tak lepaskan peluang ini. so sapa2 nak register sila ke laman score – A , dan kalau nak jadi member pun baik.

memburu yang mustahil

Oktober 15, 2006

sebagai kakitangan kerajaan (semi govt actually), dengan kos hidup yang semakin meningkat dan kerja yang dilalui seperi biasa, kadangkala sibuk kadangkala kurang sibuk tentunya aku terfikir ingin mencari pendapatan sampingan. Pada mulanya internet inilah harapan utama dan satu2nya harapan. pergi kerja kul 8 balik kul 5. mana ada masa nak bukak bisnes lain secara realiti tambahan pula modal diperlukan untuk adalah relatif besar so internetlah tempat aku memasang angan2. bukan aku tak pernah cuba bisnes lain malah sebelum ini banyak jugak MLM aku ceburi tapi sangkut, paling pun guna sendiri :).

dengan semangat yang agak berkobar, aku beli site dan buat site – salah satunya jual reload kad, agak memuaskan tapi tiba2 tup, orang komplain no kad palsu!, weiii, aku tak makan duit haram ler. so aku komplain kat dealer (online jugak) di bagi baru then aku ganti kat orang yang beli tu. lepas tu komplain lagi yang no kad baru tu pun palsu!. aku pagi lagi kat dealer, dia kata aku mesti buat komplain/report kat celcom, tapi nie bukan salah aku dia yang bagi no tu, dia berkeras so aku kata takperlah….so aku pun tak boleh buat apa….then aku beri balik duit orang yang komplain tu. aku check no2 yang belum terjual secara rambang, sah palsu, aku tarik balik dan komplain dealer suruh report celcom….sepatutnya dia lah report. takpa dia suka makan duit haram!

then aku dengan rasa marah dan kecewa aku jual site tu, ade lak orang beli tapi tersangat murah, tak kisahler dari online tak jual apa?

then aku start main hyip dan autosurft…well u all pun tahu…scamer tak kiraler oversea ker malaysia ker, prinsip diorang kumpul duit orang scam atau malaysia punya pulak trade kat forex tanpa ada apa2 risiko, yang tangung risiko invester ler, diorang tahu trading jer….(pandai ker diorang main refundpun belum dapat).

then aku trade forex sendiri, so far ader untung ader rugi tapi bagi aku nie forex lebih baik kalau full time, part time payah sikit, kita bukan nak mengadap 24 jam waluapun kita tahu dia ader market open dan close ikut zon. sekarang tak tau ler nak buat apa, paling tidak cuba cari method sesuai trade forex for long term or for part time trader.

lain-lain kaedah aku belum nampak walupun banyak site dan blog aku surf kata biz online buat untung dengan perlbagai fakta yang menakjubkan termasuk di malaysia tapi aku belum lihat buktinya. so far biz internet nie biz atas angin contoh jual ebook “bagaimana menambah kekayaan online, bagaimana nak buat biz online’ semua contoh common sense.

tapi bukan semua ada beberapa ada beberapa yang bagus iaitu; site jual domain, kad reload dan ada satu site nama dier lebih kurang myorientnet, its good.

apa pun semoga biz online ini akan mencapai tahap yang baik di masa hadapan. tetap optimis walaupun belum nampak arahnya.

WordPress ada kelebihannya

Oktober 14, 2006

Sebagai pengguna wordpress yang baru, aku tengok pada mulanya wordpress nie biasa2 saja cuma mungkin aku tertarik dengan presentation dier. Tapi sekarang baru aku dapat lihat sedikit demi sedikit kelebihan wordpress nie salah satu yang obvious ialah dari segi komunitinya dibahagikan berkategari dan pada masa sama ia juga memberi merit kepada blog2 yang akfit. hmmm…not bad. berbeza dengan lain2 blog mungkin kita kena promote sendiri apa lagi yang menjual produk atau service (ada ker?).

apa pun wordpress i think u have good advantage than others. cuma sebagai beginner agar sukar untuk membuat pengubahsuaian ke atas blog di wordpress, any idea?

bisnes online buat untung?

Oktober 12, 2006

salam,

ini kali kedua dalam hari yang sama aku login ke blog ini. bukan ghairah nak login.pada aku blogging ini bukan perkara baru semua orang yang minat internet ini mesti at least ada satu blog dengan macam2 idea yang ingin disampaikan dan yang paling popular – cari duit online, bisnes online segala apa tentang bisnes, yang tak tau apa bisnes pun cerita pasal bisnes. bagus semua tu..semangat yang baik at least satu permulaan apa lagi untuk orang melayu, pasal bisnes internet ini modal rendah dan pelbagai lagi kelebihan.

tapi itulah, betul ker bisnes internet ini hebat modal rendah untung berlibatganda. hmmmm susah nak cakap. bagi aku indah khabar dari rupa. ada tak orang jadi jutawan hanya bisnes online, tak de rasanya….apa lagi invest macam2 kat hyip…rasanya yang kaya raya tu yang buat hyip scam tipu duit orang.

dulu aku bukan main ghairah dengan bisnes online line..adsensenya, pal palnya, affiliatenya, buat website blah2 tak masuk lagi investment, autosurfnya, hyipnya dan forexnya. so far tak de untung. kalau ada yang masuk forex mungkin ada sikit, affiliate dalam akaun affiliate itu ini ada juga duit sikit2 pasal dapat jugak jual tapi diorang tak kirim2 pun ke akaun, nak komplen…internet mana ada undang2 kalau setakat komplain civil jer kalau ko buat jenayah kolar biru lain cerita.

tapi aku tetap optimis dengan bisnes online nie, pasal orang bekerja macam aku nie, rasanya nie saja harapan untuk tambah pendapatan walaupun masih belum nampak hasilnya. harap2 di luar sana ada jugak kawan2 yang berjaya dalam bisnes ini.

ada apa di sini

Oktober 12, 2006

Salam,

biasa2 saja di sini tiada yang luar biasa, cuma kadangkala tangan ini agak ingin mengetuk keyboard yang datang dari hati dan bukan kerana keterpaksaan seperti kerja yang dilakukan dari pukul 9 pagi hingga jam 5 petang. Niat di hati inginkan kebebasan kewangan atau financial freedom. orang kata era internet inilah peluang tapi rupanya setakat ini indah khabar dari rumah…scam masih berluasa. bukan di luar tiadak ada scam tapi internet ini mudah terjebak kerana tiadanya penguasaan. penguasaan hanya dari diri sendiri dan pengalaman yang ada. hmmm susah juga…tapi hendak seribu daya….we will see.