bisnes online buat untung?

Oktober 12, 2006

salam,

ini kali kedua dalam hari yang sama aku login ke blog ini. bukan ghairah nak login.pada aku blogging ini bukan perkara baru semua orang yang minat internet ini mesti at least ada satu blog dengan macam2 idea yang ingin disampaikan dan yang paling popular – cari duit online, bisnes online segala apa tentang bisnes, yang tak tau apa bisnes pun cerita pasal bisnes. bagus semua tu..semangat yang baik at least satu permulaan apa lagi untuk orang melayu, pasal bisnes internet ini modal rendah dan pelbagai lagi kelebihan.

tapi itulah, betul ker bisnes internet ini hebat modal rendah untung berlibatganda. hmmmm susah nak cakap. bagi aku indah khabar dari rupa. ada tak orang jadi jutawan hanya bisnes online, tak de rasanya….apa lagi invest macam2 kat hyip…rasanya yang kaya raya tu yang buat hyip scam tipu duit orang.

dulu aku bukan main ghairah dengan bisnes online line..adsensenya, pal palnya, affiliatenya, buat website blah2 tak masuk lagi investment, autosurfnya, hyipnya dan forexnya. so far tak de untung. kalau ada yang masuk forex mungkin ada sikit, affiliate dalam akaun affiliate itu ini ada juga duit sikit2 pasal dapat jugak jual tapi diorang tak kirim2 pun ke akaun, nak komplen…internet mana ada undang2 kalau setakat komplain civil jer kalau ko buat jenayah kolar biru lain cerita.

tapi aku tetap optimis dengan bisnes online nie, pasal orang bekerja macam aku nie, rasanya nie saja harapan untuk tambah pendapatan walaupun masih belum nampak hasilnya. harap2 di luar sana ada jugak kawan2 yang berjaya dalam bisnes ini.

Tinggalkan komen