memburu yang mustahil

Oktober 15, 2006

sebagai kakitangan kerajaan (semi govt actually), dengan kos hidup yang semakin meningkat dan kerja yang dilalui seperi biasa, kadangkala sibuk kadangkala kurang sibuk tentunya aku terfikir ingin mencari pendapatan sampingan. Pada mulanya internet inilah harapan utama dan satu2nya harapan. pergi kerja kul 8 balik kul 5. mana ada masa nak bukak bisnes lain secara realiti tambahan pula modal diperlukan untuk adalah relatif besar so internetlah tempat aku memasang angan2. bukan aku tak pernah cuba bisnes lain malah sebelum ini banyak jugak MLM aku ceburi tapi sangkut, paling pun guna sendiri :).

dengan semangat yang agak berkobar, aku beli site dan buat site – salah satunya jual reload kad, agak memuaskan tapi tiba2 tup, orang komplain no kad palsu!, weiii, aku tak makan duit haram ler. so aku komplain kat dealer (online jugak) di bagi baru then aku ganti kat orang yang beli tu. lepas tu komplain lagi yang no kad baru tu pun palsu!. aku pagi lagi kat dealer, dia kata aku mesti buat komplain/report kat celcom, tapi nie bukan salah aku dia yang bagi no tu, dia berkeras so aku kata takperlah….so aku pun tak boleh buat apa….then aku beri balik duit orang yang komplain tu. aku check no2 yang belum terjual secara rambang, sah palsu, aku tarik balik dan komplain dealer suruh report celcom….sepatutnya dia lah report. takpa dia suka makan duit haram!

then aku dengan rasa marah dan kecewa aku jual site tu, ade lak orang beli tapi tersangat murah, tak kisahler dari online tak jual apa?

then aku start main hyip dan autosurft…well u all pun tahu…scamer tak kiraler oversea ker malaysia ker, prinsip diorang kumpul duit orang scam atau malaysia punya pulak trade kat forex tanpa ada apa2 risiko, yang tangung risiko invester ler, diorang tahu trading jer….(pandai ker diorang main refundpun belum dapat).

then aku trade forex sendiri, so far ader untung ader rugi tapi bagi aku nie forex lebih baik kalau full time, part time payah sikit, kita bukan nak mengadap 24 jam waluapun kita tahu dia ader market open dan close ikut zon. sekarang tak tau ler nak buat apa, paling tidak cuba cari method sesuai trade forex for long term or for part time trader.

lain-lain kaedah aku belum nampak walupun banyak site dan blog aku surf kata biz online buat untung dengan perlbagai fakta yang menakjubkan termasuk di malaysia tapi aku belum lihat buktinya. so far biz internet nie biz atas angin contoh jual ebook “bagaimana menambah kekayaan online, bagaimana nak buat biz online’ semua contoh common sense.

tapi bukan semua ada beberapa ada beberapa yang bagus iaitu; site jual domain, kad reload dan ada satu site nama dier lebih kurang myorientnet, its good.

apa pun semoga biz online ini akan mencapai tahap yang baik di masa hadapan. tetap optimis walaupun belum nampak arahnya.

Tinggalkan komen